Custom Search
Malaysia Web Hosting

Hanya 36% rancang persaraan

>> Tuesday, December 22, 2009

"KUALA LUMPUR 19 Okt. – Hanya 36 peratus daripada pekerja di negara ini membuat perancangan awal bagi menghadapi persaraan mereka.


Sementara 84 peratus lagi gagal merancang masa depan selepas persaraan termasuk tidak berupaya menguruskan wang caruman dalam Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dengan baik hingga menyebabkan ada antara mereka hidup miskin.

Menurut kajian yang dilakukan oleh sebuah syarikat insurans punca utama pekerja gagal berbuat demikian kerana menganggap tempoh persaraan masih jauh lagi.

Ketua Pegawai Eksekutif AXA Affin Life Insurance Berhad, Vincent Kwo berkata, akibatnya sebahagian besar pekerja terpaksa bergantung sepenuhnya kepada caruman tetap ke dalam Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang dipotong setiap bulan."

baca berita selanjutnya di SINI
 
Kita bukan merancang untuk gagal, namun kita gagal untuk merancang kewangan kita sebelum bersara. andai kata ia berlaku, tiada apa lagi yg mampu kita lakukan selain terus bergantung harap dengan bantuan khas, bantuan kebajikan dari kerajaan, atau bergantung dengan belas ehsan saudara mara yg berkemampuan untuk membantu kita setiap masa. Tapi sampai bila kita harus bergantung kepada mereka? kerna sampai masanya, mereka (saudara mara) juga akan pergi dari dunia ini.
 
Kehidupan selepas bersara seharusnya lebih indah seperti yg diimpikan hanya jika kita sebagai pekerja merancang kewangan dari awal tanpa perlu berlengah-lengah. masa itu emas,kita akan kerugian jika ia tidak digunakan dengan sepenuhnya...  takkan perlu bekerja lagi sepanjang masa bersara seperti ketika usia muda, lagipun tidak ramai majikan yg mahu memberi peluang pekerjaan kepada mereka yg sudah bersara, kecuali dalam bidang-bidang professional seperti doktor, menteri dan sebagainya.....
 
Biar merancang kewangan dari awal, agar gaya hidup seperti bersara adalah sama atau tetap seperti ketika sebelum bersara. Kegagalan bukanlah pilihan dalam hal ini, kerna kita tiada teknologi yg mampu membawa kita ke masa lepas bagi memperbaiki kesilapan lampau, iaitu gagal merancang kewangan dengan baik dan teratur.....
 
bertindak sekarang dan nikmati kehidupan yg diimpikan ketika bersara.... jika anda sudah merancang pun, tahniah!, namun sentiasa hubungi perancang kewangan anda yg terdekat bagi review perancangan kewangan anda setiap tahun bagi memastikan perancangan kewangan itu sentiasa berada di landasan yg betul dan selari dengan matlamat kewangan yang diperlukan....
 

0 comments:

, , , ,
Malaysia Web Hosting

News-Malaysia

  © Blogger templates Sunset by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP