Custom Search
Malaysia Web Hosting

Bekerja semula selepas Bersara Demi Menampung Kos kehidupan....

>> Tuesday, December 22, 2009

Terpaksa kerja semula tampung hidup


KUALA LUMPUR 19 Okt. – Kira- kira satu pertiga daripada pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang bersara terpaksa bekerja semula kerana gagal menguruskan kewangan mereka dengan baik bagi kegunaan hingga ke akhir hayat.

Berdasarkan pemantauan Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) tiga daripada 10 pencarum KWSP yang bersara terpaksa bekerja semula untuk meneruskan hidup mereka.

Golongan ini melakukan pelbagai pekerjaan termasuk menjadi pengawal keselamatan walaupun usia sudah meningkat.

Menurut Timbalan Pengerusi MTUC, Shafie BP Mammal, perkara sebegitu tidak sepatutnya berlaku kerana simpanan para pesara terbabit sepatutnya cukup untuk menampung perbelanjaan kehidupan mereka.

Baca lebih lanjut di sini

inilah hakikatnya dan hal ini memang berlaku d mana-mana saja, termasuk di negara kita malaysia.. kita tidak pernah merancang untuk semua itu, namun sebenarnya kita gagal merancang dari awal-awal lagi terutamanya yg berkaitan dengan sumber kewangan semasa hari tua atau selepas bersara. Hakikatnya, kos kehidupan selepas bersara tetap sama seperti ketika bekerja, namun apa yg berkurang ialah sumber kewangan kita, kerna pesara yg memilih skim pencen hanya akan menerima separuh dari gaji asas terakhir mereka.

apabila ini berlaku, maka para pesara kita tiada pilihan lain, selain daripada mengurangkan segala perbelanjaan bulanan kepada separuh....jika masih ada pinjaman bank atau perumahan yg perlu dibayar selepas bersara, maka sesuatu perkara harus dilakukan demi melangsaikan segala hutang piutang yg masih ada, kerna sumber kewangan semakin berkurangan tapi kos kehidupan masih sama. bayangkan saja, selepas bersara, ada yg terpaksa kembali bekerja demi mencari sumber rezeki bagi menampung kos kehidupan yg semakin meningkat dari masa ke semasa.bukankah masa emas itu boleh digunakan untuk melakukan lain-lain perkara yg tidak dapat dlakukan semasa bekerja sepenuh masa dengan kerajaan.


bagi pekerja swasta pula, perancangan kewangan dari masa muda adalah amat perlu dan penting sekali demi membolehkan mereka hidup selesa atau sekurang-kurangnya mengekalkan gaya hidup seperti sebelum bersara. ini kerana, ketika ini majikan di sektor swasta tidak diharuskan untuk menyediakan skim pencen bagi pekerja mereka yg telah bersara. semua bergantung kepada EPF mereka. Mengikut kajian, wang epf boleh habis,dalam tempoh 3 tahun selepas bersara jika ia tidak diuruskan dengan baik. selepas itu, para pesara terpaksa mencari pekerjaan demi menampung kos kehidupan sehingga mereka meninggal dunia... ketika itu, sudah terlambat bagi kita untuk menyesali akan kegagalan untuk merancang kewangan dengan baik dari awal2 lagi semasa usia masih muda dan tenaga masih kuat untuk bekerja....

sekarang, jika diberi pilihan, yg mana satu pilihan anda, mahu merancang kewangan dari awal atau bertangguh sehingga ke saat akhir sebelum bersara? kerna hidup selepas bersara, jika tanpa perancangan yg baik, adalah seperti hidup sebelum kita belum mendapat kerja ketika baru mencari kerja dulu, tiada wang, tiada harta atau apa saja yg boleh dibanggakan.. bezanya selepas bersara, usia semakin meningkat dan tenaga pun sudah berkurangan tetapi kos kehidupan semakin meningkat dan tiada siapa yg peduli akan kebajikan kita....

0 comments:

, , , ,
Malaysia Web Hosting

News-Malaysia

  © Blogger templates Sunset by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP