Custom Search
Malaysia Web Hosting

Ejen Etiqa belajar di UUM

>> Sunday, February 21, 2010

Ejen Etiqa belajar di UUM

Bagi melengkapkan ilmu pengetahuan dan kemahiran ejen-ejennya, Etiqa Insurance dan Takaful memperkenalkan program Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Risiko dan Insurans dengan kerjasama UUM.

KERJASAMA itu menentukan hala tuju ejen Etiqa dalam mengharungi dunia perniagaan yang mencabar.


BUKAN mudah untuk menjadi seorang ejen sebuah syarikat insurans. Ejen tersebut bukan sahaja perlu mempunyai kemahiran berkomunikasi dan penampilan yang meyakinkan bagi memasarkan jenama yang diwakili, pengetahuan mengenai produk dan juga syarikat perlu dikuasai.
Peka dengan keadaan semasa dan memahami risiko dalam pasaran menjadi penambah nilai agar ejen mampu mencapai sasaran jualan.
Dengan kesedaran bahawa ejen-ejen harus mempunyai pengetahuan secara ilmiah dalam bidang itu, Etiqa Insurance dan Takaful memperkenalkan program Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Risiko dan Insurans.
Ia bagi meningkatkan daya saing syarikat di pasaran negara dan antarabangsa. Bukan sahaja itu ia juga bagi meletakkan ejen tersebut di satu tahap yang tersendiri yang bukan sahaja berpengalaman tetapi berpelajaran.
"Kami mewujudkan program ini adalah bagi meningkatkan pengetahuan, pengalaman dan profesionalisme ejen-ejen kami.
"Bukan sahaja ia akan membantu ejen-ejen memberi perkhidmatan yang terbaik dengan kelulusan ini ia mampu meningkatkan perkembangan diri dan menambah baik taraf hidup mereka," kata ketua pengarah eksekutifnya, Datuk Aminuddin Md Desa.
Program itu yang merupakan usaha sama Etiqa dengan Universiti Utara Malaysia (UUM) menawarkan program jarak jauh dengan kelas akan diadakan pada minggu pertama dan ketiga setiap bulan.
UUM akan menyediakan silibus dan juga tenaga pengajar manakala Etiqa menyediakan para pelajar. Ejen-ejen akan berdaftar sebagai pelajar UUM dan perlu mematuhi undang-undang seperti pelajar lain. Sekiranya gagal dalam sesuatu subjek mereka harus mengulang semula bagi melengkapkan jam kredit.
Dengan kelas diadakan di Kuala Lumpur pelajar ejen Etiqa akan didedahkan dengan pembelajaran menerusi Internet, makmal komputer dan juga praktikal.
Ejen-ejen harus memenuhi syarat kelayakan akademi dan juga pencapaian dalam jualan masing-masing. Mereka yang berminat harus memohon dan pihak Etiqa dan UUM akan menentukan ejen yang mana layak untuk mengikuti program tersebut.
Menurut Ketua Akademi Etiqa, Mohd. Sani Ayob, syarikat sememangnya komited dalam meningkatkan tahap pengetahuan dan daya saing ejen-ejennya.
AMINUDDIN (kanan), Nordin (kiri) dan Ketua Pegawai Eksekutif Etiqa, Mohd. Din Merican menyaksikan pertukaran dokumen antara Timbalan Naib Canselor, Prof. Dr. Muhammad Mustafa (dua dari kiri) dengan Ketua Pegawai Eksekutif Takaful, Sharil Azuar Jimin.


"Pelbagai program dan kursus eksekutif diadakan bagi memastikan ejen-ejen di Etiqa berkualiti dan mempunyai pengetahuan yang cukup mengenai produk dan juga pasaran.
"Ini adalah program ijazah yang pertama diadakan. Ia adalah bagi memastikan kerjaya mereka di Etiqa adalah kerjaya yang berterusan," katanya.
Pihak syarikat akan menanggung 75 peratus daripada yuran pengajian manakala ejen perlu membayar selebihnya. Pun begitu, sekiranya ejen tidak mendapat keputusan yang cemerlang keistimewaan itu akan ditarik balik.
Subjek-subjek program itu merangkumi subjek wajib universiti iaitu Perhubungan Etnik dan Bahasa Inggeris Untuk Komunikasi Kenegaraan Malaysia.
Subjek utama program termasuklah Insurans dan Risiko, Pengurusan Matematik, Akaun, Undang-Undang Perniagaan, Undang-Undang Insurans, Mikroekonomi, Makroekonomi, Pengurusan Kewangan, Pelaburan, Kajian Metadologi, Statistik dan Pengurusan, gabungan subjek Pemasaran, Tingkah Laku Pengguna dan banyak lagi.
Program itu bakal memakan masa selama empat tahun dan pengambilan pertama telah dilakukan seramai 25 orang pelajar dengan penuntut tertua dalam program itu berumur 62 tahun.
Dalam pada itu Timbalan Canselor UUM, Tan Sri Dr. Nordin Kardi memberitahu beliau amat berterima kasih kerana pihak Etiqa memilih universiti tersebut dalam usaha sama tersebut.
"Ramai orang layak masuk ke universiti namun tidak berupaya melakukannya. Dengan ada usaha seperti yang dilakukan Etiqa lebih ramai mampu memiliki segulung ijazah," katanya.
sumber: kosmo online

Read more...

BAGAIMANA BERSARA DENGAN SETENGAH JUTA

>> Saturday, February 06, 2010

PERSARAAN Sesetengah orang memandang jauh ke depan dan setengahnya pula tidak kisah. Terdapat mereka yang bimbang mengenai pendapatan yang semakin kurang atau kehilangan punca untuk terus memperolehi pendapatan seperti sebelumnya. Manakala yang lain pula tidak sabar lagi untuk bersara.
Dapatkah seseorang itu hanya bergantung kepada simpanan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) atau pencen apabila bersara nanti? Ia bergantung kepada gaya hidup pesara itu sendiri.
Jika dia merancang untuk menghabiskan masa dengan membaca suratkhabar, menonton TV, mengunjungi perpustakaan, berbual-bual dengan rakan di kedai kopi, berkebun dan makan makanan yang dimasak di rumah maka perbelanjaannya tidaklah banyak.
Kita juga mengandaikan pada waktu ini anak-anak sudah tidak mengharapkan pembiayaan kewangan lagi dan ansuran rumah juga sudah selesai.
Jika itulah gaya hidup yang anda inginkan anda boleh meneruskannya tetapi anda seharusnya berhati-hati dengan, simpanan KWSP dan wang pencen jika anda ditakdirkan bersara hari ini.

baca selanjutnya di sini  

sumber: http://www.sabah.org.my/

Read more...

RM1 juta tidak cukup selepas bersara

RKIB : 21/04/2009

RM1 juta tidak cukup selepas bersara

JOHOR BAHRU 20 April - Rakyat Malaysia daripada golongan sederhana memerlukan sekurang-kurangnya RM1 juta ketika bersara sekiranya mahu mengekalkan gaya hidup semasa.
Pengurus Negara ESG Direct Asia Pte. Ltd. bagi Malaysia, K. Sasitharan berkata, bagaimanapun jumlah itu sebenarnya hanya sekadar 'cukup makan' jika diambil kira kos perubatan dalam tempoh berkenaan.
Beliau berkata, berdasarkan tinjauan yang dijalankan mendapati hanya 10 peratus rakyat Malaysia yang memiliki simpanan yang baik untuk menghadapi zaman persaraan mereka nanti.
''Namun, simpanan tersebut bukan hasil daripada tabiat menabung tetapi sebaliknya disebabkan mendapat gaji besar sehingga menyebabkan simpanan dalam Kumpulan Wang Simpanan Pekerja mencukupi," katanya kepada Utusan Malaysia selepas mengadakan Seminar Khas Perancangan Kewangan sempena Minggu Saham Amanah Malaysia 2009 di sini.
Beliau berkata, sejumlah 10 peratus didapati menjadikan amalan menyimpan untuk menghadapi persaraan manakala 80 peratus lagi tidak bersedia langsung dan terpaksa bergantung kepada anak-anak.
Sasitharan berkata, walaupun amalan menabung masih lagi rendah di kalangan rakyat Malaysia tetapi ia adalah perkara normal bagi negara yang memiliki populasi muda.
Bagaimanapun, situasi itu perlu diperbaiki sebelum menimbulkan masalah kepada negara kerana dalam tempoh 15 hingga 20 tahun lagi Malaysia berpotensi untuk mempunyai majoriti penduduk dewasa.
Beliau berkata, rakyat Malaysia sepatutnya menukar persepsi yang ada dan menjadi lebih bersedia dalam mengharungi dunia persaraan tanpa perlu mengurangkan gaya hidup sedia ada.
''Di Malaysia, pesara secara automatik akan mengubah gaya hidup kebelakang berikutan kekangan wang untuk meneruskan gaya hidup selesa semasa bekerja.
''Sebab itu, pesara akan balik ke kampung selepas bersara dengan harapan dapat mengawal perbelanjaan harian, sekali gus mengurangkan beban kos hidup,'' jelasnya.
Beliau menafikan bahawa amalan menabung hanya berupaya dilakukan oleh golongan yang memiliki gaji yang lumayan.
''Dakwaan ini tidak benar kerana golongan pekerja yang memiliki gaji RM1,000 pun menabung, secara perlahan-lahan kerana gaji yang diperoleh akan mengalami kenaikan seiring tempoh bekerja,'' jelasnya.
Sasitharan menegaskan, masalah di Malaysia adalah kebanyakan rakyatnya lebih mengutamakan gaya hidup berbanding menabung.
Sambil memberi contoh, katanya, rakyat Malaysia sekarang dilihat lebih cenderung berbelanja terlebih dahulu sebelum mendapat gaji.
''Sekarang ini, kad kredit telah mengawal perbelanjaan rakyat Malaysia, ini memang budaya bahaya kerana setiap kali mendapat gaji, kita akan mendahulukan hutang,'' katanya.
Ditanya apa yang perlu dilakukan jika tabungan pekerja masih tidak mencukupi pada usia 55 tahun, Sasitharan berkata: ''Pekerja itu perlu terus bekerja kerana usia persaraan 55 tahun adalah masih muda berbanding negara maju pada usia 65 tahun. Ini bukan bermakna pesara yang tidak mempunyai cukup simpanan masih mempunyai 10 tahun lagi untuk menabung,'' kata beliau.

sumber: utusan malaysia

Read more...
, , , ,
Malaysia Web Hosting

News-Malaysia

  © Blogger templates Sunset by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP