Custom Search
Malaysia Web Hosting

ingin Memohon pinjaman peribadi?

>> Monday, May 17, 2010

Tidak Perlu Batal Polisi jika ingin meminjam duit...........


Tahniah diucapkan kepada semua yang berjaya mendapat tempat dan kerja yang baik dengan kerajaan mahupun swasta. Sudah tentulah masa depan anda lebih terjamin dari segi kewangan apabila bekerja dengan government. Tahniah juga kerna mungkin ada yang telah bersetuju untuk mendapatkan perlindungan dan mula menyimpan dengan Etiqa. ini bermakna, mereka tidak perlu risau kerna premium simpanan akan ditolak dari gaji secara automatik tiap kali hujung bulan. 

Biasalah, semua staff baru layak untuk meminjam wang dengan bank2 yang ada di Malaysia.Mungkin ini adalah keutamaan kebanyakan, iaitu meminjam wang bagi menampung kos kahwin, beli rumah baru, beli kereta baru dan sebagainya... apa yang biasa terjadi ialah, staff2 baru akan berusaha sedaya upaya untuk mendapat pinjaman yang tertinggi, dan biasanya lah, apa2 potongan yang berkaitan dengan insurans dan takaful juga akan dikeluarkan dari slip gaji; dan langkah yang paling popular ialah, dengan membatalkan polisi insurans dan takaful yang mereka miliki......

senario ini memang berlaku dan akan terus berlaku jika tiada tindakan diambil bagi mengatasi masalah ini...... sebenarnya, para clients tidak perlu berbuat sedemikian untuk membersihkan slip gaji dari potongan2 insurans dan takaful.... terdapat beberapa cara yang boleh dilakukan bagi mengelakkan perkara ini daripada terus berulang pada masa akan datang......apatah lagi jika pelan yang diberikan memang bersesuaian dan clients mampu memilikinya (polisi).

1. Hubungi agent anda dan minta mereka uruskan pertukaran cara pembayaran dari potongan gaji ke mana2 cara pembayaran lain yang boleh digunakan atau datang terus ke kaunter atau pejabat yang berdekatan:
    a. Direct Debit (Maybank, CIMB, BSN) untuk bulanan, suku tahunan
    b. Cash- Tahunan, setengah tahun, suku tahunan, bulanan
    c. Credit Card- Boleh juga digunakan dalam kes ini.
    d. Standing Instructions
     e. Maybank2u- perlu register dengan maybank2u sebelum cara ini boleh digunakan.....

2. selepas selesai menguruskan hal di atas, jika ingin meminjam wang dari mana2 institusi kewangan, itu terpulang kepada anda semua..... Kerana, anda tidak perlu risau tentang masalah kewangan yang bakal melanda jika berlaku sesuatu di luar jangka pada bila-bila masa..........


3. Ingat Selalu- Segala rumah dan harta2 yang kita miliki, segala kereta2 yang kita miliki- semua itu milik Bank yang membiayai kos pembelian terdahulu dan ia bukan milik kita sepenuhnya, kita cuma diberi hak untuk menggunakannya selagi kita mampu membayar ansuran bulanan yang telah dipersetujui bersama...... Semua individu tahu tarikh lahir masing-masing, namun tiada siapa yang tahu tarikh kematian masing-masing..... Andai kata, kita tiada perancangan kewangan yang tersusun dan mantap, dan hutang piutang belum dijelaskan sepenuhnya, maka Bank berhak untuk mengambil balik segala aset mereka yang digunakan oleh peminjam wang mereka.. Ada kemungkinan, ahli keluarga tersayang (anak2 dan keluarga) terpaksa keluar dari rumah dan berpindah ke tempat yang tidak diketahui.. Ibu bapa yang telah tua terpaksa bekerja semula demi menampung kos kehidupan yang semakin meningkat.... ..... Ketika saat itu sampai, tiada apa yang mampu kita lakukan selain daripada berserah kepada takdir........... Apapun, rancanglah masa depan kita dengan melalui perancangan kewangan yang mantap dan teratur..... Ingat selalu.. 

    

0 comments:

, , , ,
Malaysia Web Hosting

News-Malaysia

  © Blogger templates Sunset by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP