Custom Search
Malaysia Web Hosting

Cadangan kecualikan pinjaman rumah kakitangan sakit ditolak

>> Saturday, January 23, 2010


KUALA LUMPUR: Perbendaharaan Malaysia tidak dapat memenuhi tuntutan Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) supaya kerajaan mengecualikan bayaran pinjaman perumahan bagi penjawat awam yang mengalami keilatan kekal semasa dalam perkhidmatan. 


Bahagian Pinjaman Perumahan, Perbendaharaan Malaysia, dalam kenyataan hari ini, menjelaskan tuntutan bagi penjawat awam yang membuat pinjamansebelum 1 Ogos 1995 itu tidak dapat dipenuhi syarikat insurans kerana polisiinsurans pada masa itu tidak meliputi keilatan kekal.

"Polisi keilatan kekal hanya mula ditawarkan oleh pengendali insurans dan takaful mulai 1 Ogos 1995 dan pinjaman perumahan selepas tarikh berkenaan sahaja layak mendapat perlindungan keilatan," menurut kenyataan itu.

Pada 22 November lalu, Cuepacs mengemukakan cadangan supaya kerajaan dapat mengecualikan bayaran pinjaman perumahan bagi penjawat awam yang sakit sewaktu dalam perkhidmatan bagi kes pinjaman perumahan sebelum 1995.

Ini kerana berdasarkan perjanjian asal, petugas yang membuat pinjamansebelum tarikh berkenaan terpaksa meneruskan bayaran pinjaman keranapolisi insuran mereka hanya meliputi kematian dan kebakaran tetapi bukan hilang upaya kekal.

Pekeliling Perbendaharaan Bil 6/95 mewajibkan setiap peminjam mengambil insurans kebakaran dan gadai janji bagi menjamin kepentingan kerajaan daripada segi mendapat bayaran balik pinjaman sekiranya berlaku kematian atau kebakaran.
Perlindungan Hilang Keupayaan Kekal adalah produk tambahan yang ditawarkan oleh syarikat insurans kepada peminjam atas initiatif syarikat sendiri berikutan wujudnya persaingan di kalangan syarikat insuran.

"Oleh yang demikian, cadangan untuk meminda pekeliling itu tidak berkaitan," menurut kenyataan itu. -

sumber:  Bernama

0 comments:

, , , ,
Malaysia Web Hosting

News-Malaysia

  © Blogger templates Sunset by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP